Ekologi Kura-kura katup Amerika

T. c. carolina sedang bertelur
Anak T.c.bauri

Kitaran Hidup dan Pemangsa

Lingkaran pada skut T.c.triunguis. Lingkaran pada tempurung skutnya boleh menentukan umur kura-kura ini.

Anggaran usia kura-kura ini melebihi 100 tahun. Usia kura-kura katup ini tidak boleh ditentukan hanya dengan melihat lingkaran pada tempurungnya sahaja. Bahkan pertumbuhan kura-kura ini dipengaruhi oleh dietnya sendiri terutamanya jumlah makanan, air, tahap kebersihannya, kesihatan dan lain-lain. Bentuk telur kura-kura katup ini adalah lonjong, fleksibel dan pelbagai bergantung kepada spesiesnya, sekitar 2–4 cm panjang, dan beratnya pula 5-11 g. Jumlah telur adalah sekitar 1-7 biji. Kura-kura katup dari kawasan utara bertelur lebih banyak berbanding kura-kura dari kawasan selatan.[6]Kura-kura ini mempertahankan diri dengan menutup dan menyembunyikan sepenuhnya kepala, kaki-kakinya ke dalam cangkerang. Kadar kematian anak kura-kura adalah tinggi disebabkan saiznya kecil dan cangkerangnya yang masih lembut. Cangkerang kura-kura katup dewasanya jarang retak kecuali jika dihentak kuat atau diserang secara tiba-tiba. Pemangsanya pula merangkumi mamalia seperti mink, rakun, anjing dan rodensia, serta burung (cth. gagak, raven) dan ular (cth. Colubridae, Agkistrodon piscivorus).[7]

Diet

Kura-kura katup Amerika ini bersifat maserba iaitu memakan apa sahaja yang boleh ditangkap. Invertebrata (cth. serangga, cacing tanah, ulat gonggok), juga dijadikan makanan serta tumbuh-tumbuhan (sekitar 30-90% dalam dietnya). Buah-buahan (seperti apel dan beberapa spesies beri), gastropods (Heliosoma, Succinea).[8]

Rujukan

WikiPedia: Kura-kura katup Amerika http://www.boxturtles.com/ http://greenanswers.com/blog/254326/service-dogs-f... http://law.justia.com/kansas/codes/2009/chapter73/... http://www.nbcwashington.com/news/local/Virginia-H... http://www.in.gov/dnr/fishwild/3326.htm http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... http://www.sos.mo.gov/symbols/symbols.asp?symbol=r... http://www.boxturtlesite.info/ http://nlbif.eti.uva.nl/bis/turtles.php?selected=b... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta...